Apakah pelaburan Ethtrade mendapat kebenaran BNM?

Translate

Apakah pelaburan Ethtrade mendapat kebenaran BNM?

Persoalan yang sering menjadi tanda tanya dan perbincangan hangat di group whatsapp dan media sosial yang mempromosikan ethtrade. Soalan ini memang sangat wajar ditanya terutama kepada mereka yang ingin mengeluarkan dana pelaburan yang besar ataupun kecil.

Ini hak kita sebelum membuat keputusan memulakan pelaburan. Entry kami kali ini menyelami persoalan ini dari perspektif dan rujukan kami sendiri dan sudah pasti dikalangan pembaca ada yang lebih mahir, mohon memberikan maklumbalas sekiranya pandangan kami ini tidak tepat. Moga kita beroleh manfaat.

Kami merujuk kepada artikel di The Star Online bertarikh 23 Mei 2016 adalah berkaitan 


http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/05/26/bnm-governor-says-fintech-regulatory-framework-ready-by-july/


Kami berpendapat perkara yang utama adalah pengiktirafan Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap Fintech / cryptocurrency. Dengan pengiktirafan ini akan dapat memastikan Malaysia seiring dengan negara - negara lain yang menerima cryptocurrency untuk ditukar dagangkan dengan Ringgit Malaysia. Dan sememang ini ini telah direalisasikan kerana digital currency bitcoins dapat dikeluarkan melalui kad visa di mesin ATM bank tempatan dan dapat juga ditransaksikan daripada digital wallet ke akaun bank tempatan.


Maka persoalan pengiktirafan BNM terhadap cryptocurrency selesai.


Timbul pula pertanyaan bagaimana ETHTRADE buleh memungut wang individu untuk diniagakan? Adakah lesen dikeluarkan oleh BNM? Di mana syarikatnya di Malaysia? dan banyak lagi soalan akan ditanya.
Bahkan soalan - soalan ini juga yang kami tanyakan dan kaji secara sendiri.

Maka penemuan kami ialah seperti berikut:

1. Pendaftaran Syarikat Ethtrade.

Rujukan https://ethtrade.io/documents


Terdapat 2 pendaftaran di bawah nama ethtrade iaitu Ethtrade Limited dan Ethtrade Global Limited yang berdaftar dengan Integrated Companies Registry Information System (ICRIS) 


ETHTRADE  LTD (No. Syarikat 2398217) adalah sebuah syarikat di Hong Kong yang beroperasi di alamat seperti berikut Unit 3, Room 2207-9 Tower Two, Lippo Centre, 89 Queensway, Admiralty, Hong Kong. Ditubuhkan pada 4 Julai 2016.




Ethtrade Global Limited (No Syarikat 2488221) adalah sebuah syarikat di Hong Kong yang beroperasi di alamat seperti berikut Level 19, Two International Finance Centre, 8 Finance Street Central, Hong Kong. Ditubuhkan pada 23 Februari 2017.


Dengan wujudnya rekod pendaftaran ini maka syarikat Ethtrade sememangnya sebuah syarikat yang sah berdaftar di Hong Kong iaitu negara pusat operasinya. 


2. Kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM)

Dengan pengiktirafan BNM terhadap Fintech dan cryptocurrency maka kami klasifikasikan ethtrade terlibat dalam urusniaga pertukaran wang asing. 



Penelitian kami terhadap Notis 3 Pelaburan terhadap aset matawang asing mendapati terdapat bahagian yang menerangkan mengenai pelaburan di luar negara untuk akaun persendirian yang menjelaskan individu dibenarkan membuat pelaburan luar negara dengan amaun yang dikehendaki.

Anda boleh layari notis ini di sini http://www.bnm.gov.my/files/notices/Notice_3.pdf


Adapun pada kami ini adalah satu bentuk kebenaran yang umum daripada BNM dan penelitian serta penilaian mendalam perlu dibuat oleh individu sendiri terhadap syarikat yang hendak dibuat pelaburan. Pelaburan adalah atas risiko sendiri. Entry di blog ini tidak menjamin ethtrade sebagai sebuah platform pelaburan yang bebas daripada masalah. 

Laporan dagangan syarikat boleh dijadikan sumber rujukan maklumat perniagaan ethtrade.


Related search keyword:
  • ethtrade reviews
  • eric bondi
  • https //ethtrade.org review
  • ethtrade org legit
  • ethtrade login
  • apa itu bitcoin
  • luno
  • ethtrade malaysia
  • testimoni ethtrade
  • pasif income ethtrade
  • buat duit dengan ethtrade
  • pelaburan ethtrade
  • bisnes ethtrade
  • ethtrade penipu
  • jutawan ethtrade
  • nini ethtrade malaysia
  • peluang buat duit dengan ethtrade
  • jana pendapatan ethtrade


Popular Posts

Apa kata Anda?

KLIK BUTTON HIJAU DIBAWAH INI UNTUK BELI PRODUK KING SERUM PERFORMANCE GEL.

ORDER SEKARANG.
Wasap kami untuk mengetahui ada promosi @ tidak